POLISI TAKAFUL UNTUK PERNIAGAAN
Kebanyakan Usahawan atau pemilik perniagaan yang saya jumpa tiada polisi takaful perniagaan atau disebut Keyman Policy. Yang ada hanyalah polisi Takaful peribadi.
Keyman Policy ialah syarikat mengambil pelan takaful dimana polisi tersebut dibayar oleh syarikat dan orang yang dilindungi dalam polisi tersebut adalah pemilik syarikat atau orang penting(keyman) dalam syarikat seperti Director, CEO atau sesiapa sahaja yang dianggap penting dalam syarikat tersebut.
Bagaimana Keyman Policy berfungsi?
Apabila Keyman syarikat tersebut meninggal dunia atau berlaku hilang upaya kekal dan menyeluruh atau disebut Total Permanent Disability(TPD), Syarikat Takaful akan membayar sejumlah wang dalam bentuk pampasan kepada syarikat. Duit pampasan tersebut akan terus dapat kepada syarikat dan menjadi milik syarikat sepenuhnya. Ia bukan milik waris keyman tersebut.
Jika syarikat adalah jenis pemilikan tunggal, duit pampasan takaful akan dapat atas nama syarikat. Apabila berlaku TPD, pemilik masih boleh menggunakan wang pampasan tersebut untuk membayar hutang-hutang syarikat, membayar gaji pekerja atau menggunakan wang tersebut untuk urusan penutupan perniagaan kerana tidak mampu lagi untuk mejalankan perniagaan.
Apabila berlaku kematian keatas pemilik syarikat, Syarikat Takaful akan membayar wang pampasan atas nama syarikat. dan oleh kerana pemilik sudah meninggal dunia, segala hartanya termasuk perniagaan atas namanya akan dibekukan dan akan melalui proses pentadbiran pusaka.
Sebagai penyelesaian, syarikat boleh melantik Syarikat Amanah sebagai Pemegang Amanah bagi wang pampasan tersebut. Bila berlaku kematian, wang pampasan tersebut akan dipegang oleh Syarikat Amanah dan Syarikat Amanah akan bertindak dan menggunakan wang tersebut atas arahan syarikat seperti dinyatakan dalam Surat Ikatan Amanah(Trust Deed).
Contohnya, dalam Trust Deed tersebut dinyatakan wang pampasan akan digunakan untuk membayar hutang syarikat, membayar gaji pekerja, memberi sumbangan, memberikan wang tersebut kepada waris serta termasuk membuat proses penutupan syarikat.
Situasi yang sama juga jika syarikat atau perniagaan secara perkongsian. sekurang-kurangnya rakan kongsi dalam syarikat tersebut boleh menyambung perniagaan seperti biasa walaupun ketiadaan salah seorang rakan kongsi dalam syarikat.
Keyman Policy boleh diambil sebanyak mana yang dirasakan perlu mengikut keperluan syarikat.
Kredit:Azim Badar
Untuk lebih lanjut boleh pm saya, jgn malu jgn segan, kita boleh jadi kawan😄
Aleya Amirul
Infaq Consultancy
Plan your wealth change your life.

Comments
Post a Comment