POLISI TAKAFUL UNTUK PERNIAGAAN
Kebanyakan Usahawan atau pemilik perniagaan yang saya jumpa tiada polisi takaful perniagaan atau disebut Keyman Policy. Yang ada hanyalah polisi Takaful peribadi. Keyman Policy ialah syarikat mengambil pelan takaful dimana polisi tersebut dibayar oleh syarikat dan orang yang dilindungi dalam polisi tersebut adalah pemilik syarikat atau orang penting(keyman) dalam syarikat seperti Director, CEO atau sesiapa sahaja yang dianggap penting dalam syarikat tersebut. Bagaimana Keyman Policy berfungsi? Apabila Keyman syarikat tersebut meninggal dunia atau berlaku hilang upaya kekal dan menyeluruh atau disebut Total Permanent Disability(TPD), Syarikat Takaful akan membayar sejumlah wang dalam bentuk pampasan kepada syarikat. Duit pampasan tersebut akan terus dapat kepada syarikat dan menjadi milik syarikat sepenuhnya. Ia bukan milik waris keyman tersebut. Jika syarikat adalah jenis pemilikan tunggal, duit pampasan takaful akan dapat atas nama syarikat. Apabila berlaku TPD, pemilik masih boleh me...